Wednesday, March 8, 2017

SPM persendirian

Bismilahhirrahmanirahim...Assalamualaikum....

harini buat pertama kalinya aku menulis blog disebabkan kebosanan ditahap highest level dah.So,first of all aku nak kenalkan diri aku terlebih dahulu.Nama aku ......(privacy part)..........can call me Sam.Tak leh nak kenalkan diri sngat sebab tu bukan entry yang aku nak story morykan sekarang. Apa yang aku nak bincangkan sekarang adalah tentang SPM persendirian.

SPM calon persendirian ni sama sahaja seperti SPM calon persekolahan,cuma SPM calon persendirian ni kena buat bayaran untuk mengambil peperiksaan SPM (Bayaran tersebut termasuklah bayaran asas((pada tahun 2017 dalam RM20.00)) dan juga bayaran untuk setiap mata pelajaran peperiksaan SPM((pada tahun 2017 dalam RM10.50-RM12.00)) yang hendak diambil).Kalau tak silap aku, takde had umur bagi seseorang individu sekiranya nak sertai exam SPM calon persendirian ni.Siapa yang layak ambik SPM persendirian ni??? Ermmm....semua layak,pada pendapat aku sesiapa yang dapat result yang kurang memuaskan hati sendiri dan tak sampai target yang korang nak, elok ambik SPM semula.Itu cadangan akulah,terpulang pada diri korang sendiri. Tapi kebanyakkan orang zaman sekarang takut rugi masa,sanggup merelakan dan hadam keputusan SPM yang tidak memuaskan hati dan tak capai target yang diingini.Bagi aku rugi dalam setahun dua tu takpe demi menjamin kepuasan hati dan dapat capai target apa yang kita nak(Age is just a number guys, don't worry too much about it jangan jadikan Age is an issue of your mind).Jangan pulak disebabkan "Age is just a number" korang nak bazir seumur hidup korang dengan jawap exam SPM je.

cara nak daftar sebagai calon persendiriaan:

1.Pergi di pejabat pendidikan negeri dan pegi kat kaunter cakap nak daftar spm.
2.Pegy kat sektor penilaian dan peperiksaan dan cakap nak daftar spm calon persendirian.
3.Pastu dia akan bagi borang pendaftaran spm dan korang kena isikan borang tersebut.(isikan borang dengan teliti dan pastikan semua maklumat betul)(kalau tak reti nak fill borang macam mana tanya orang kat ppd dulu jangan nak pakai hentam je).
4.Bayaran keseluruhan pendaftaran perlu dibuat melalui money order sebab pihak ppd tidak menerima bayaran secara cash dan sebagainya.(money order sahaja yang akan diterima)

Barang yang perlu disertakan dengan borang pendaftaran:

1.Beli pos express yang berharga RM3.50-6 keping dan berharga RM4.50-1 keping.
2.1 salinan kad pengenalan calon.
3.Money order (kiriman wang) pos laju di atas nama PENGARAH PEPERIKSAAN mengikut harga kesuluruhan pendaftaran yang telah ditetapkan oleh pihak ppd.(money order boleh buat di setiap cawangan poslaju)

5.Bila dah cukup lengkap semuanya dan yakin dengan borang yang diisi bolehlah hantar semuanya kepada ppd di sektor penilaian dan peperiksaan.

THE END.... 

*Semua yang saya ceritakan di atas adalah berdasarkan pengetahuan saya sendiri.Kalau tak yakin dengan maklumat yang saya berikan,korang boleh layari website jabatan pendidikan tau boleh pergi sendiri jabatan pendidikan sendiri dan tanya orang kat sana... Wallahua'lam...

((Semua yang buruk datangnya dari diri saya sendiri dan semua yang baik datang nya dari Allah swt.Saya mintak maaf jika ada terkasar bahasa dan saya mintak maaf atas segala kekurangan))

Assalamulaikum...


2 comments:

  1. Nak tanya, kiriman wang pos tu setelah dapat receipt/penyata bayaran, just bawa ke PPD je lah ya?

    ReplyDelete
  2. Casino in Queens, NY - Mapyro
    The Casino in Queens, NY features a full-service spa, a seasonal outdoor pool and a 군포 출장샵 fitness center. The resort features 창원 출장마사지 13 restaurants, seven bars,  춘천 출장마사지 Rating: 4 · ‎10 경상북도 출장안마 votes 문경 출장샵

    ReplyDelete